About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Tuesday, 17 March 2015

The Power of Muhasabah

Assalamualaikum.
Kalau kita tengok balik perjalanan hidup kita dari dulu sampai sekarang. Kita boleh nampak perubahan dia. Sama ada makin baik atau kita ni sebenarnya makin tersasar dari objektif hidup kita. Tudiaaaaa. objektif. hahaha maksud aku matlamat hidup kita. As a muslim, for sure matlamat hidup kita adalah kehidupan selepas kematian. Kalau hidup kita semakin baik, bersyukurlah. Masih ramai yang tergapai-gapai cari jalan hidup depa sendiri. Kalau hidup kita macam dah tersasar, takkk paaaaa mehhh sama-sama kita buat U-turn balik. hehe Cuma diri kita ja tau kita ni sebenarnya kat level yang mana satu. :)

Dalam hidup kita ni kadang-kadang Allah SWT uji sikit dengan kehilangan, kesakitan, kerugian dan sebagainya. Allah SWT bukan tak sayang kita. Sebab sayang la kita ni di uji.

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan"
(Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35)

 "......Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yg diberikan Allah kepadanya..."
(at-Thalaq : ayat 7)

kadang-kadang bila diuji ni baru kita sedar yang sebenarnya kita dah lama tinggal apa yang sepatutnya kita kena buat. Aku pun bukan la ustazah pilihan. Cumanya aku percaya setiap orang mesti nak baiki diri dia. Mesti nak up sikit level tu biaq dekat dengan Allah SWT. Nak lawan diri sendiri la benda paling susah nak buat. Tapi kita takk paa. Orang kata pelan-pelan kayuh. 
Aku di uji dengan kehilangan dan kesakitan sampai aku rasa terduduk. Mental breakdown. Tapi Allah SWT tunjuk sayang Dia melalui pelbagai cara. Cuma kita ni ja kadang-kadang tak perasaan.
Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita. :)




AzimahYusoff


No comments:

Post a Comment