About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Sunday, 26 October 2014

Kawan.

Kawan.

Sekadar kiasan dan peringatan.
Kawan tu manusia--


Yang sanggup kutip kotor kita.
Yang sanggup tutup bodoh kita.
Yang sanggup tutup kesilapan dari kena telanjang depan semua.
Yang sanggup terima bijak kita yang tak seberapa.
Yang sanggup cakap "kau paling hebat, kawan" padahal dunia tahu kesilapan, kebodohan kita.


Itu kawan.
Bukan anjing.
Yang kau pandang hina bila kau senang.
Yang kau pandang tiada perasaan.


Itu kawan.
Bukan malaikat.
Salah kita dia mampu tutup mata dan teruskan apa ada nya.
Salah dia kau besar-besarkan umpama kau tuhan yang punya alam.


Hidup kita umpama roda kawan.
Hari ini kau pandang dunia dengan rasa megah.
Dunia juga memandang kau mulia.
Apa kau rasa esok semuanya sama?
Apa kau jangka dunia akan terus muliakan kau?
Sungguh, aku doakan kau bahagia tanpa musibah dan kesedihan.
Andai kata dunia tidak lagi memuliakan kau.
Carilah mereka yang menjanjikan kau kesetiaan.


Aku tegaskan ini hanya kiasan dan pengajaran.
Andai kata terkena dengan perjalanan hidup kau.
Anggap ini pengajaran agar kau tahu hidup takkan selamanya dimuliakan.
Jika tidak jadikan ini sebagai sempadan.
Siapa pun kau. Salah kau. Aku maafkan dan memohon kemaafan melalui Dia yang satu.

Cukuplah Dia yang tahu betapa aku kecewa dengan dunia.
Cukuplah Dia yang tahu betapa aku menahan amarah tanpa sanggup melepaskan.
Cukuplah Dia yang tahu betapa bisunya mulut kerana tidak mahu menyakiti.

Sesungguhnya jiwa berderai tangis.


Salam sayang dari,
AY

No comments:

Post a Comment