About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Thursday, 21 August 2014

kawan baik.

Assalamualaikum.
Mari meng-update kawan baik dari sekolah dulu. Masa mula-mula buat blog pernah cerita dah. Masa tu nak cakap ni pun ny, ok jadi okeyhh. Selagi boleh singkat kasi singkat habiss. hahaha Geleng kepala bila baca balik.

Rindu.

Kenangan. Mungkin sebab masing2 sibuk jadinya rindu tu ada. Masa sekolah kerjanya nak gaduh dengan orang ja. Semua orang tak kena. Kita ja betoi. Tapi kadang-kadang kenyataan. Banyak benda yang buat aku rasa macam tak adil.

Contoh.
Cikgu bersikap tak profesional. Bila student gaduh dia pun sibuk ikut gaduh jugak dan mula pulau kan student yang dia rasa salah TANPA sebarang penjelasan. Aje ngan yeee cikgu pun. Tapi aku tak cakap semua. Segelintir. Tapi hormat tu kena ada jugak sebab kalau tak aku tak kenai golgi apparatus, tendon, ligement. kahkahkah Mungkin jugak aku sekolah luaq bandar. Jadinya ada juga cikgu yang mengajar sambil lewa. Dalam setahun tu boleh kepak jari berapa kelas ja dia masuk. Ntah la. Macam tak sepatutnya kan? tapi. ishhhh lantak deme laa. malas pikior. Hahahaha

Kawan.
Ni Lia & Nina. Depa ni baik sesuci kain putih. KAHKAHKAH Nina ni banyak menyelamatkan aku masa matrik. Dapat bilik sebelah sebelah kot. Atee, lompat seronok la. Cangak lagi. Masa sakit kat matrik selalu jugak ajak dia teman p klinik. Tenkiu nina :') Sekarang dia kat Ukm tahun akhir geologi. Yang seketoi lagi pakai tudung merah ni Lia The Rockers. Hahaha Tulisan dia masa sekolah punya la lawa. Seketoi-seketoi. Kadang-kadang aku try nak tiru tulisan kemas dia tu. Tapi yang hadoooo. Tangan gua tangan seni. Mana boleh tulis seketoi-seketoi. Semua condongggg ja ke tepi. Sekarang ni kat Utem. Engineering bebbb. 

Yang pakai cermin mata dari baris depan mengadap tu pijah. Kenai masa f3 kot. Baik tu dak la sangat. Kira sesuci kain cekelat ja. HAHAHA aku memang rapat dengan dia. Dengan family dia sekali. Dulu masa sekolah mak dia suka masak. Balik sekolah p makan kat rumah dia. Aku memang muka tak malu pun. Janji makanan. Mesti sampai punya. Jangan kata dulu sekarang pun duk p makan lagi. Jaga hati dia satg gantung diri kat kipas angin pulak. kahkahkah Benda paling gila penah buat dengan dia. Hmmm banyak. Sampai tak tau nak cerita. Dulu masa matrik selalu balik sekali. Dengan bawak laptop bagai. Dari mula naik bas sampai nak turun aku nanti lena. Lepas tu tanya dia. "weh awat tak tidoq?". " hang nak bagi barang kita kena curi ka kalau aku tidoq sama?". kahkahkah Aku suka ambik kesempatan kat dia. Mahappp. Sekarang kat UMP.



Tepi aku yang tak berapa nak tepi ni nama dia uni. Sekarang kat Upsi. Pernah sekali aku buat kerja gila sewa kereta then drive p Upsi semata-mata nak tengok teater. Aje ngan gila. HAHAHA
Dia ni aku kenai dari tadika lagi. Dulu kami jiran lepas tu dia pindah. Semua rahsia dia dalam poket aku ja. hahaha Dengan dia ni lagi la banyak buat kerja gila. Masa kecik-kecik dulu balik tadika p main lombong. Lepas tu duk rumah orang petang baru ingat rumah. Memang kena libas la. Dah besaq ni lagi la menjadinya. Merayau rata. Mulut dia boleh tahan zassss menyengat jugak. Tak percaya p try tengokkk. hahaha Masa sekolah rendah ramai yang suka buli dia. Masa tu aku serabai toge lagi. Tak boleh nak tolong. ahahaha

Dari depan macam majiburr juai karpet ni nama dia amir. Sekarang kat usm induk kos fine arts.Dia lukis lawa. Lukis muka orang memang sama. Aku kalau lukis jadi muka apa benda ntah. hahaha Dia ni baik. Cuma kadang-kadang tak dapat nak jangka apa yang jadi. :) Tak pa. Lain orang lain cara kan? Tak boleh lupa masa drive haritu. Mengantuk sangat. Sampai terlelap bawak kereta. Terkejut sebab lori potong sebelah. Aje ngann yee aku ni. hahaha


Yang dari kanan cepat jalan ni nama dia mastura. Tapi kami panggil chot. Benda paling aku ingat pasal dia soalan sastera masa tingkatan 5 dulu. Sebab dia tak pernah baca cerpen jebat tuah tu. Memandai-mandai buat cerpen sendiri bila exam. Jebat rogol adik hang Tuah. Hahahaha suku nyawa jugak kami gelak kat dia. Dia ni memang sangat baik dengan aku dulu. Sampai gabung nama jadi zimas. :') rindu. Sekarang dia kat usm induk. Palapes darat lagi uuollsssss. 


Ni gambo masa form4. Muka gua paling suci. Kuruih lagi masa ni. kahkahkah


Kadang-kadang jauh tu buat kita rindu, terkenang. Nama pun kawan. Gaduh macam mana pun esok-esok mai tampaq bahu ajak makan sekali jugak. Tak semua benda kita dapat beli. Jadinya kalau nak gaduh dengan kawan-kawan tu, Cuba la fikir rasional.  Masa yang bersama tu bukan masa yang dibazirkan. Tapi kenangan. Aku mengaku. Aku bukan manusia yang positive sebelumnya. Tapi aku sedar. Bila kita gembira orang sekeliling kita seronok. Jadi, buat apa nak susahkan hati orang sekeliling kita dengan masam muka. Sebelumnya aku bukan seorang yang petah bercakap. "Mereka" ajar aku untuk bercerita panjang lebar tentang hidup,terima pendapat orang, bagi ruang untuk orang lain bercakap.
Sayang tu tak perlu tunjuk.

Yang benar, 
Azimah Yusoff

2 comments:

  1. sukanya baca blog akak.. dah 2 hari blogwalking blog ni..
    harap dapat post selalu bila ada masa free.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiiii.. terima kasih :) kat induk kan sekarng? dah stalk blog bella jugak. hahaha

      Delete