About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Wednesday, 25 June 2014

Kuat itu subjektif.

Bertalu2 ujian itu datang menerjah.
Tanpa aku juga bersedia.
Siapa kita mahu persoalkan segalanya?
Siapa kita mahu persoalkan aturan hidup yang sudah lama ditetapkan?
Siapa kita mahu Tuhan ikut kehendak kita?
Siapa kita?
Hamba yang lemah lagi tak berdaya.
Mungkin ini landasan untuk aku lebih kuat.
Mungkin ini jalan yang buat aku mampu berdiri menahan retak di hati.
Mungkin ini.
Mungkin.
Aku di uji.
Aku tahu.
Tapi hati ini degil.
Mengatakan tidak pada segalanya.
Ya. Aku hamba yang lemah.
Tuhan ada.
Aku puas bercerita disetiap sujud.
Aku puas menangis di awal baris fatihah.
Puas.
Moganya ada sedikit manis ya Tuhan disebalik semua ini.

Wednesday, 4 June 2014

Rindu

Rindu ini celaka.
Kau hantar bayang
Tapi kau menghilang.
Kau hantar kenangan
Tapi bersama kau enggan.
Aku ingat
Aku kuat mau di banding semua.
Tapi aku tersungkur menahan hati
Aku ingat
Aku mampu menepis semuanya sendiri
Aku ingat
Aku kuat untuk berdiri dengan dua kaki.
Ternyata aku silap.
Rindu ini memang celaka.



yang benar
-aku-