About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Sunday, 18 May 2014

Dari aku untuk kau

Wahai sahabat,
Letih aku mencari,
Dimana-mana aku mencari.
Sehingga aku terfikir apa pantas kau aku biarkan pergi?
Indahnya manusia hanya seketika.
Indahnya kau hingga mampu buta kan mata aku untuk menilai.
Ya,
Aku tak sesempurna mana,
Jauh berbeza jika mahu dibandingkan kita.
Kau ilmu penuh di dada aku pula hanya terkinja-kinja mencari yang sepatutnya.
Ya,
Kau hebat di mata semua sedangkan aku hina di setiap mata yang ada.
Ya,
Kau begitu menawan sehinggakan kau lupa apa erti persahabatan yang sebenar
Jika kau mahu yang sempurna untuk kau jadikan sahabat,
Sudah tentu aku tak mampu kerana aku si manusia yang penuh cacat cela.
Aku fikir kau sahabat yang penting hati ternyata aku salah erti.
Andai itu jadi tali ukur untuk persahabatan kita
Maaf aku pinta wahai sahabat yang ku cinta
Kerana aku bukan manusia sempurna untuk berdamping bersama.
Pergilah mencari bahagia jika sempurna itu terlalu penting buat kau.
Moganya kau bahagia
Sedangkan aku masih setia menanti kau kembali.

"Hidup biar berbudi pada yang menanti,
Jauh kau pergi hilang tanpa pasti,
Aku biarkan kau pergi wahai sahabat"


yang benar,
cikcikedis




2 comments: