About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Monday, 21 October 2013

Let Go!



Aku stress,
bila orang lain pertikaikan apa yang aku buat tanpa sebab,
bila orang lain cakap pasal aku tanpa nak peduli pun apa sebab aku buat macam tu,
bila orang lain pandang remeh dengan apa yang aku ada,
Ni la diri aku,
NOBADY SAID THAT YOU HAD TO LIKE IT!
Ya,
memang aku salah.
aku ulang MEMANG AKU SALAH,

Everyone makes a mistakes in life but doesn't mean they have to pay for the rest of their life.
Nak explanation mehhh cakap dengan aku.
Aku boleh cuba untuk explain kat hg.Tapi pernah ka hg bagi peluang kat aku untuk cakap?Mempertikaikan itu ini.
Tanpa penjelasan senang-senang buat konklusi
Konklusi yg menyakitkan hati
Konklusi tanpa kebenaran yg sepatutnya hg tau?
Cukaplahhh sampai sini..
Sudahlah setakat sini...
Aku dah penat sangat.SANGAT.
Kalau hg nak teruskan jugak cerita gila ni hg teruskan laa.Aku dah tak mampu.TAK MAMPU!
Now,i'm strong enough to let you go.
just go and find your happiness.
I always support whatever u do!
Kalau jodoh kita jumpa lagi dengan cara yang lain.

p/s:zaman sekarang susah.kebenaran kena simpan dalam poket.kalau tanya nak explaination x?orang akan cakap hg perasaan.ahhh lantak la.aku dah give up.Bak orang putih cakap giving up deosn't mean you are weak,sometimes it means you are strong enough to let go..

yang benar,
cikcikedis

Sunday, 6 October 2013

Everything Happens For a Reason

Assalammualaikum,

Selalunya kita akan cuba baiki balik benda yang kita dah fakapkan selama ni.
TAPI tak semua kita boleh baiki balik apa yang kita dah buat.
TAPI aku dah cuba kan?
YES,
I admit it,
Im still waiting for something that i know won't happen!
YES,
I also admit yang aku memang banyak fakapkan benda selama kita kawan!


yang benar,
cikcikedis

Housemate Style!

Assalammualaikum!
semalam aku hapdateeee entry rabak kan?hari ni kita chill ja dulu.Esok2 kita sambung buat entry rabakk lagi.Actually bukan entry rabak tapi benda yg dh aku fakapkan..hahaha
Hari ni nak cerita pasal housemate aku.Hidup kami ibarat kais pagi makan pagi.Makanan tu banyak cuma MALAS nak masak!Masa nak masuk rumah ni dulu kira susah jugak la sebab kami merayu kat tuan rumah ni suruh bagi sewa jugak sebab dia memang nak buat homestay.Rumah sini tak banyak.Ada tu ada la tapi jauh.Dalam rumah ni ada 6 orang.Masalahnya seko pun tak waras.HAHAHA

Train diri untuk kurus tapi hancur jugak sebab ada 2 ketoi saka ni yang kuat makan!haha

Ni rumah kami yg omeyyyy!

Housemate yang menghidupkan mood gampang aku!HAHA
P/S:tutup buku lama buka buku baru!

yang benar,
cikcikedis

Saturday, 5 October 2013

Kadang-kadang!



Kadang-kadang,
kita marah orang lain sebab kecewa dengan diri sendiri,
kita bagi harapan kat orang padahal kita tak mampu tunaikan,

Kadang-kadang,
kita harapkan orang lain mampu ubah kehidupan kita,
kita harapkan semua berubah seperti yang kita nak,

Kadang-kadang,
kita tak sedar berlakunya sesuatu atas sebab yang tersendiri,
kita memberontak nak tahu sebab itu.

Kadang-kadang,
manusia sentiasa mahukan lebih dari apa yang diberi olehNya,
manusia mahukan apa yang orang lain ada.

Kadang-kadang,
manusia itu sendiri tidak tahu erti syukur itu apa,
manusia menunding jari bila berlaku sesuatu diluar jangkaannya.

Kadang-kadang,
saya kecewa dengan awak,
saya lakukan yang terbaik untuk puaskan hati awak,
saya lakukan diluar kemampuan saya,
kesanggupan itu memperlihatkan kebodohan saya kepada umum,
TAPI saya sanggup asal awak puas,
asal awak bahagia itu lebih dari cukup,
andai ini penebus dosa saya kepada awak,
saya SANGGUP!
sebab awak SAHABAT saya!

p/s:Although it hurts I'll be the first to say that I was wrong

yang benar,
cikcikedis

Tuesday, 1 October 2013

Senior beb!

Assalammualaikum.

wooooww.lama gila x update blog.Wa bajettt YDP MPP ja.haha
Ok sem ni memang paling mencabar la bagi aku.Aku kena halau dari hostel dan terpaksa menyewa kat luar.
Point untuk masuk desasiswa x cukup!Gila la.Padahal aku dah cukup aktif dah rasanya (bagi aku la.hahaha)
Allah itu Maha Adil.Semua kawan2 yang sekutu,sekufu,sedarjat,sekepala dengan aku semua TAK DAPAT HOSTEL jugak.HAHAHA Kira positifnya kat sini,Allah S.W.T sebenarnya dah mudahkan urusan kami.Tak dak la tergapai-gapai kami nak cari housemate.Housemate aku pulak x dak seko pun yang waras.Semua otak bengong-bengong ja.

First day jadi senior 2nd year, ada sorang budak india ni
"akak,pusat bahasa kat mane?".
Aku pun dengan penuh sifat AKAK tu p tunjuk direction!HAHA 

Sekian hapdateee hari ni utk hari esok!


p/s:Coming soon! Rumah sewa-style!HAHA USM yg buat kami jadi macam ni!

yang benar
cikcikedis

Friday, 26 July 2013

busy2!

Assalamualaikum..
dah lama tak hapdett.Aku busy sangat! cewahhh sebenarnya banyak cerita tapi x terpostkan.semua kat draft.Nanti ada masa aku check tatabhasa dulu baru post.Aku tengok rata2 org view blog ni sebab tengok entry orientasi USM dgn Kem pimpin siswa..wahaha hampa takut ka??memang hampa WAJIB takut punnn.


#ekksiiteddd nak p buka posa dgn kawan2..SALAM RAMADHAN SEMUA! :)

Saturday, 15 June 2013

Matrikulasi / STPM / Diploma

Assalamualaikum semua!
post kali ni untuk adik-adik yang dalam dilema nak masuk matrik/STPM/Diploma.Junior aku ramai sangat yang minta pendapat nak p matrik ka tak kalau dapat?ka nak sambung dip or STPM ja.hakaakk pahammm sebab dulu hakaaakk pun macam hampa jugak.Tak paaaa,mehh kita tengok satu-satu.Tapi aku cerita ni berdasarkan pengalaman dan pendapat aku laaa naaaa.

Matrikulasi :
 Aku pernah update pasal Kelebihan dan Kekurangan Matrikulasi dulu ~disini~ tak paaa..mehh aku cita secara ringkas pulak.Matrik ni ada dua program.Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT).Apa beza depa?PST ni ada dua semester yang hampa memang betui2 kena strungle.Strungle bukan makna kata tak payah makan enjoy semua.Pastikan time management tu ok.Contohnya kelas mula dari pukul8 pagi sampai 5 petang.Balik kelas tu hampa rilex2 mandi,sembang riadah ka sampai isyak.Lepas isyak dalam pukul9 tu hampa buat tutorial@tengok balik hari ni belajaq apa sampai pukul12.Lepasss tu terus bommmm tido.Kalau hampa dapat kekalkan momentum macam ni InsyaAllah boleh score.Tapi aku dulu pun tak oke jugak time management.Main hentam ja.Ada mood study tak dak mood p kacau orang.haha untungnya dulu wifi kat KMPP tak ada sampai dalam bilik.jadi tak dak la duk tengok fb twitter semua. Untuk PDT pulak kira rilex sikit.Sebab ada 4 semester.belajaq pun tak susah sangat sebab belajar sikit-sikit berbanding PST.*tutorial=hostelwork*
Cabaran Matrikulasi:
 1)Hampa akan down bila tau banyak classmate hampa dari SBP,MRSM.Disebabkan dulu aku sekolah kampung ja bila time pkenalkan diri tu dah risau dah.Duk pikir boleh ka kita nak survive kat sini semua pandai2.Mau pulak budak2 SBP MRSM yang belagak.perghhh tapi hampa jangan risau.Depa pun nanti sama ja macam orang lain.
2)Hampa akan down bila hampa kena study banyak benda lepaihh tu tak paham.Ni benda biasa.Jangan terus biaq tak tau.P tanya pensyarah tak pun tanya kawan2 yang tau.
3)Untuk yang dapat Matrik (SECOND INTAKE) hampa akan ketinggalan 2bulan dari budak2 lain.Tapi hampa jangan risau.Pensyarah akan buat kelas tambahan untuk cover balik mana yang hampa tak belajar tu.Realitinya mungkin susah sikit mula-mula tu.Tapi kuatkan hati dan semangat

STPM:
Kami yang ex-matriculation ni memang saluteeeee,respect habes dengan budak2 STPM terutama yang ambek sains.Kualiti STPM sangat terbaik kalau nak dibandingkan dengan matrikulasi.Dekat U aku bila orang cakap dari matrik.Benda biasa ja.Tapi bila depa kata dari STPM semua kagum.Sebab STPM sgt la susah.Tapi yang aku dengar sekarang STPM pun dah buat sistem semester macam matrikulasi.Jadi senang la nak score.Kalau macam dulu belajar macam orang gila dua tahun baru exam.Sekarang ni belajar 6bulan dah exam.STPM pun aku rasa oke jugak.Sebab dengan sijil STPM boleh p cari kerja teruss.Kalau sijil matrikulasi tak boleh guna untuk cari kerja.Nampak tak kelebihan STPM kat sini? ^_^
cabaran STPM:
1)Orang kata mulut tempayan boleh tutup.Mulut manusia mana nk boleh tutup.Bagi aku ni cabaran yang paling besaq sekali.Orang sekeliling tambah2 orang2 tua depa kadang2 tak tau STPM ni student dia sangat berkualiti sebab tu depa pandang lekehh ja.Yang ambik STPM tu kena sabaq la.Buat betul2 tunjuk kat orang kampung hampa pun boleh masuk U aihhh.Biaq depa sengap sikit.haha
2)Cikgu mengajar kadang2 tu macam tak profesional.Terikut-ikut dengan emosi n etc sebab persekitaran kot.

Diploma:
Diploma setaraf dgn STPM.Tapi diploma 3tahun=6semester.Yang bagusnya diploma ni,kalau hampa tak mau sambung degree pun tak pa dah sebab diploma boleh minta kerja sesuai dengan kos yang hampa ambik.Contohnya ambik Diploma Kejuruteraan Mekanikal kat politeknik.Lepas habis diploma terus boleh p kilang minta kerja as a technician atau mana2 jawatan yg sesuai.Bagi yang memang target nak kahwin awai kerja awai.Aku sarankan buat diploma. ^_^

Konklusinya,kalau tanya aku antara 3 3 ni mana yang paling ok.Aku akan jawab Matrikulasi.Tapi dia sebenaqnya bergantung pada masing2.Macam aku cakap tadi la kalau target nak kerja & kawin awai pilih diploma.Kalau nk sambung sampai degree pilih matrikulasi.Kalau homesick nak dekat dengan rumah pilih STPM.Kadang-kadang orang pilih STPM sebab tak dapat tawaran.Takkk paaa.kot mana pun sama ja.Janji belajaq menuntut ilmu.Harta duit tak banyak tak pa biaq harta ilmu kita banyak ^_^

p/s:harap sikit sebanyak dapat membantu.Lusa wa sudah last paayyperrrrrrrrrrr.Welcome to senior club! :P
yang benar
cikcikedis

Thursday, 13 June 2013

tua sudah!

happy birthday to me!hahaha alhamdulillah dah 20tahun hidup dekat muka bumi Allah S.W.T yang luas ni.semoga diberi kesempatan untuk menambah baik amal ibadat, membalas budi ibu bapak,memanfaatkan ilmu yang di berikan.
ucapan tak rasmi:iponggg5 seketullllllllllll pleaaseeeeeeeeeeeeeeee!
yang benar
cikcikedis

Sunday, 2 June 2013

Dugaan..Dugaan



Assalamualaikum!
Wow..seminggu tak update blog! Dalam seminggu ni macam-macam jadi kat aku! Mula-mula printer jahanam.Ink tak detect lepas tu phone aku rosak tak boleh nak touch.Duk esok tu pulak helmet hilang kat dewan kuliah.Bab printer dgn fon tu aku boleh terima lagi.Bab helmet tu mmg aku hanginnn gila.Apa ke bodo orang yg curi tu.Dah nak exam pun mencuri lagi.Tak takut ka kepala berasap/tak boleh jawab exam ka?nak kata tak cerdik macam tak logik.Melayang RM40 gua.ceitttt! memang aku sumpah macam2 la.Menyusahkan orang betoiiiii.Kalau dapat mau jijak2 ja kepala orang lagu tu.

Tapi ada yang lagi best ni.Malam khamis tu aku baru habis exam practice engineering,aku pun terus balik bilik sebab nak tido letih.Tiba-tiba kawan dari aras bawah kol. 

Kawan: Cici ada barang yang tak daftar tak?bawak sorok cepat ada spotcheck!nanti depa rampas.
Aku: haaa??spotcheck kejadah apa pulak?
Kawan: tak tau.tapi kat block laki dah kena!

Oke.aku bawa pembakar roti,printer,serika n laptop.Yang best tu semua aku tak daftar.kahkah
Secara logiknya kalau kena cekup kena denda RM50 untuk 1 barang.RM50X4=RM200. Disebabkan aku bukan anak orang kaya aku pun bawak lari semua barang dengan roommate.Depa pun sama ja macam aku tak daftar jugak.Bayangkan la usung semua benda tu turun bawah lari macam orang gila.Wa rasa macam pelarian bebb! Nasib baik bf roommate aku ada kereta.Kami pun simpan la semua barang dalam kereta dia.phewwwww aku kira oke la boleh sorok dalam kereta.Budak cina bawak sorok barang naik basikal.hahahaha yang best tu dah sampai bawah baru roommate tegoq.
“ima..ima pakai baju tido”.malunyaaaaaaaaaaaaa!nampak x aku punya gabra sampai tak pikiaq dah pakai baju apa.Pakai tudung terus lari ja.hahaha

Dah habis sorok barang tu kami pun naik.Tunggu punya tunggu xdak jugak orang mai bt spotcheck.Rupanya dah lama habes!depa buat sampai aras2 ja!aku duk aras3.hampeeehhh
Aku terpikir jugak.Kira bodo jugak aku ni boleh ja aku buh barang dalam loker,kunci lepas tu keluar la p mana-mana.hadoiiiiiiiiii dah naik baru tpikir.memang zzzzZZZzzzz!epic fail!

p/s:dugaan2..sabarrrr!


yang benar
cikcikedis


 

Tuesday, 28 May 2013

Naik Menyampah!

Assalammualaikum.. 
aku bengang betoi la dengan PPKT USM ni.Macam hauk betoiiiii.
*ppkt=pusat pengetahuan komunikasi & teknologi *hauk=teruk tahap dotdot

Semua benda nak block.Sampai nak buat assignment apa pun tak boleh.Kalau search web yang boleh bukak cuma web indon.hadoiiiiiii tolong laaaa.Ingat budak sekolah ka nak sekat2?Bila ada orang persoalkan awat block web2 ni layan mau tak mau ja "tak suka cable/wifi yang ppkt letak syarat beli brdband atau guna yes"

staf ppkt bagi alasan like kak pah listen! "tak suka malaysia duduk luaq negara".Hanginnnn betoiiii la aku.Dah la tu kalau download lebih 3.6G automatik kena block.Kalau dah kena block tu kena herettt pc/laptop/henpon bagi techncian depa check.Ada kerja pulak nak heret p heret mai! *&^$^
Yang latest buat aku geram sangat tu SHOUTBOX pun depa blockkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! aaaaeeeeeeeiiiiiiiiii geramnya akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

P/S:entry ini sedikit menganjing!hahaha geram bebeno hakuuu.oke ni pun kira hapdettt jugak kn? :P
yang benar
cikcikedis


Sunday, 26 May 2013

Exam Fever!

Assalamualaikum!
Wa dahhhhhhhhhhh nakkkkkkkkkkkkk exammmmmmmmmmmmmm..huwaaaaaaaaaaaaaaaa!
ok.ini menganjing.hahaha doakan aku ye.Aku cuba nak baiki pointer sem lepas tapi duk nampak macam lagu tu jugak.aaahhhh asal lulus sudaaahhh


assigment menimbunnnnnnn!

keepcalm and watching runningman!hahaha
p/s:Doakan aku! kenang daku dalam blogmu!hahaha
yang benar
cikcikedis

Mandi laut! :P

Assalamualaikum!

macam biasa minggu lepas wa balik rumah lagi.hahaha statement tak menahannnn.Apa yang best kali ni?setiap kali balik aku rasa.Nikmat dia perghhhhhh.Letak kepala terus lelap kalau kat rumah.Kat hostel pulak godek-godek kiri godek-godek kanan haraammm tak lelap jugakkk. Tak percaya?nanti p belajaq duduk hostel,study mcam orang gila lepas tu balik guling atas katil kat rumah.Perasaan yg tak dapat di ungkap dengan kata-kata.Trust me,I'm engineerr.cewaaahhhhh.Balik hari tu aku mandi laut!last aku mandi laut rasanya masa aku sekolah rendah nuhhhhhh.Nostalgia gila la kan?hahaha

adik wa yg pakai baju biru tu!dia unik sikit sebab dia gelappp.haha

 

ombak rindu :P

ada masa mai la balik pulau.Wa berani jamin terbaikkk dr ladanggg!

one of the reason why i'm really love this place! :)
p/s:dialog wa dengan roommate pagi tadi
roommate:ima tak pergi kelas ke ?
wa:mana ada.saya tetido tadi.xperasan pulak dah lewat.
roommate:<gelang kepala terus keluar p kelas>
wa:<macam biasa wa memang suka bajet pandai.Tapi result yang hadoooo>

yang benar
cikcikedis

Sunday, 19 May 2013

desa ohhh desaaa!

Assalamualaikum.

sedih betul la aku hari ni.Bangun2 tido terus terkam laptop nak tengok dapat hostel ka x untuk next sidang.Dah la loading punya lama tengok2 x dapat..huwaaaaaaaaaaaa koniciwa betol la gua pagi2 ni.Apa2 pun positif ja la sebab kawan gua pun ramai yang x dapat.wahahaha jadi kalau kena duk luar pun ok lagi sebab ada kawan2.hehe sekarang tengah buat rayuan pemohonan desasiswa. *rasa nak teriakkk*. Ramai yang x dapat hostel mungkin sebab intake kali ni lagi ramai.I hate juniorrrs! booooooooo


p/s:Ani-junior sidang 13/14!boooooooooooooo
yang benar
cikcikedis

Sunday, 12 May 2013

USM Style-Awesome Week!

Assalammulaikum!
ehemmm esok dah mula kelas malam ni boleh duk update blog pulak kannnn.Alhamdullilah sepanjang minggu ni aku berjaya mengisi masa aku yang 24jam tu dengan aktivi yang terbaikkk.Selalunya tido study ja kerja aku.hoho

1)Multicultural Fair & Food Fair

best jugak multicultural fair ni.Dalam semua orang duk heboh rasist la apa kejadah la USM-Kejut buat event yang libatkan semua kaum untuk jadi ajk/peserta.Such a awesome event.Sebab cina,melayu,india, semua bagi komitmen yg tinggi.Congratz guys! :)

melawat booth pelbagai bangsa!gua kan YB.gua melawat ja.haha

AJK booth korea tak bagi gua cuba.sedeeeehhhh :(


malam pulak ada fashion show+tarian kebudayaan n etc!

 2)Netball MIMATES

aku main netball balik?percaya ja la ye.wahaha dasyat kan! perghhh penat gila kot main 2game  straight.Habes sengai-sengai badan dengan warming up pun macam hampehh.haha tapi alhamdulillah dapat no2! memang la no2 sebab ada 3 group ja yang btanding.haha





3)Shopping + Study + Makan
teman kawan shopping habeskan boucher.Aku punya boucher?dah habis berkurun dah aihhh

buang tebiat di hari ahad.haha pagi buta dah kerabat tangga library! at least hari ni lebih rajin dari semalam kannn?

ranap duit kat SR + duk pekaya SR!
p/s:minggu depan ada 2 ketoi test.Memang jadi zombi abadi la aku!#teriakkk dalam hati yang paling dalam#
 
yang benar
cikcikedis

Thursday, 9 May 2013

USM Style-Polymer In Wonderland!

Assalamualaikum!
hari ni aku nak cerita pasai dinner hari tu a.k.a polymer night! makanan dia perghhhhhhhh sedap tu tak dak dah la. Tempat dinner tu kat Safira Golf Club kot.Ntah la aku pun dah lupa nama tempatnya sebab focus utama aku makanan ja.wahaha
Masa dinner tu aku kena duduk sebelah laki. Ayah dia orang yang hebat kira macam penceramah jugak la.*ceramah ayah dia best banyak info boleh dapat* sebab tak cukup tempat jadi kena duduk sekali la duduk dengan budak cina sekali.Dalam hati duk cakap "rugi aihhh bayaq 50henggeeet kalau ambik banyak mesti kena bahan punya". Elok-elok ja MC tu cakap ok first year boleh ambik makanan aku dulu-dulu yang bangun.wahaha teruk gila.Ambik bergunung ni makanan haha.aku ingat aku dah habis teruk dah rupanya budak laki yang duk semeja dengan kami tu siap bawak tupperware lagi. Gila punya tak malu.HAHAHA

stage!


budak cina yang duk semeja dengan aku.depa ni kaki game semua


gambar 1 meja.

motif uplod gambar ni?sila focus yang sebelah kanan sekali! sangat stylo mai dinner!haha awesome!


persembahan 1st year!

acapella yang tak menjadi sebab tak dak mike!! hampeh penat belatih


abg/kakak 4th year! deabakk

punya nak masuk dalam gambar habes tolak kepala orang.haha

p/s:dinner yang awesome! thanks untuk kakak/abang 3rd year yng susah2 organize dinner ni! :)

yang benar
cikcikedis

Thursday, 2 May 2013

Berniaga pulak!

Assalamualaikum!
walaupun cerita ni dah basi nak update jugak! sebab penat dia masih terasa sampai tulang sum-sum! hahaha minggu lepas aku kena berniaga untuk melengkapkan tugasan sebagai pelajar yang mengambil subjek Teras Keusahawan! #ayat lengkap aku bagi.amekaww!#.
Sangat-sangat la letih sebab nak selang seli dengan team jaga booth dari 10pagi-10malam.Gila bapak punya penat! dengan kelas yang berdereeettt lagi.Lebih awesome expo ni 2hari. Balik bilik teruss bummmmm loncat atas katil.Nasib baik dapat team yang ok and sporting boleh la aku curi-curi tulang sikit! :) Malam pulak ada malam kebudayaan K-ko! memang penuh la dewan yang serba kecik tu.Walaupun letih tapi seronok tau.Dapat la rasa macam orang kat pasar malam yang duk terjerit-jerit panggil orang beli tu. #trust me, i'am an engineer# hahaha

Masa expo ni kami jual baju laki!aku ingat tak laku sebab laki macam tak suka shopping.Tapi letak-letak ja baju jersey tu berebut macam goreng pisang.haha kami play safe sebenarnya.Tak bawak keluar modal apa pun cuma deal dengan kawan yang memang ada bisness baju. #bijak tak?#

psstttttt gambar tak dak! takdan nak transfer dah p delete! mat ngoii betoi aku ni
yang benar
cikcikedis




Monday, 1 April 2013

Hobi Baru!

Assalammualaikum! wuhuuuuuu selamat ber-hari isnin :D
ok ni serius!aku ada hobi baru.Nak tengok?Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

jahit sendiri okeyhhh

saya budak baru belajar :P
aku jahit manik ni pun sebab ambil K-ko Kraftangan.Kalau tidak jangan harap aku nak kelebekkk manik2 ni.hahaha tapi kelas kraf ni ok jugak sebab cikgu dia sempoi.Jenis yang tak kisah pun datang lewat.Janji mai kelas dia sudah.Aku memang ambil kesempatan sepenuhnya la kelas pukul5.Pukul6 macam tu baru aku sampai kelas. :D Lepas ni sapa2 nak suruh jahit manik kat baju boleh la.hoho

Tadi masa dah habis kelas hujan lebat sangat.Kami tunggu tak jugak berhenti sampai maghrib.Lepas tu kawan aku dia ada kelas lagi pukul8pm.Dengan penuh tekad ambik air sembahyang terus solat dalam kelas.hehe
Solat itu tiang agama!
p/s:aku masuk U ni makin banyak aku belajar :)
yang benar
cikcikedis

Saturday, 30 March 2013

Misi!

Assalamualaikum semua! :D


30 days challange accepted! :P


p/s:gua sekarang busy dengan misi kurangkan isi padu.hahaha wish me luck! <3

yang benar
cikcikedis

Wednesday, 20 March 2013

Jentera Baru!

Assalammualaikum..
alhamdulillah.. dah dekat 3 minggu aku bawak jentera mai USM.Jentera tu boleh di ibaratkan haiwan peliharaan la.Aku dah test drive dah jentera aku naik jambatan Pulau Pinang.First time naik kan rasa macam nak tercabut jantung2.Gila betoi lori sikit punya laju buat serupa tempat race depa pulak.Aku yang kat tepi ni duk makan asap ja la berkepul-kepul.Nak tengok jentera baru aku?jangan jelesss tau

taraaaaaaaaaaa..cantik x?oppkosss la cantik sebab bukan kereta aku pun. wink2!

aku bawak moto ja.Tapi xdak la segak macam ni sebab ni aku google..muehehe stg aku duk tangkap gambar kat tempat parking orang kata buat serupa bawak superbike!


lepas bawak moto ni,merata aku pusing.Duit pun keluar macam air ja.Agak-agak bosan keluar la.Kampus aku ni memang bosan sikit.Wifi pun ntah apa-apa ja.Kadang-kadang facebook,YouTube pun kena block.Aku pun tak paham motip depa block semua tu padahal semua bayar yuran.

eh. eh semalam kan aku keluar dengan roommate aku p beli meja tulis jepun tu.Masa nak p pekan atas moto,roommate aku ni pun nampak la seorang makhluk Allah yang pakai baju matrik dia dulu.

roommate: ima,saya rasa tu kawan saya tu
aku: mana-mana?tak nampak pun
roommate: ada depan tu cuba ima kejar moto depan tu.Laju sikit nanti tak sempat tengok muka dia.Kejar ja sampai dapat
aku: .................. #kau pikir ni moto guna enjin jet ka hapaaa. nak suruh kejar orang naik superbike..gila betol.haha#

expectation:guna untuk study sebab panas nak duduk bawah kipasreality:gua guna untuk online n tengok movie!kahkahkah 
 p/s:tolonglahh jauhkan aku dari pekan tu.Boleh jadi pengemis kalau hari2 keluar p pekan.Nama ja pekan tapi macam2 khazanah alam ada kat situ!adoi

yang benar
cikcikedis

Sunday, 17 March 2013

STPM gempak!

Assalammualaikum..
Alhamdulillah..seronok dengar result kwan-kawan STPM.Kebanyakkannya dapat 3.0 ke atas.Hebat gila la.Setahu aku, STPM tu lagi payah dari matrik.Sebab depan kena belajaq 2tahun untuk ambil exam.Kalau matrik belajar sikit exam dah.Apa-apa pun semoga depa semua berjaya dapat kos yang depa nak.Mana tau masuk USM boleh jadi junior aku.Dapat la aku merasa membuli junior.muehehe
semoga kejayaan milik kita bersama.

Ucapan rasmi aku untuk kawan2 STPM *hambeekk kau rasmi teruss..hahaha*
:semoga anda berjaya menjejakkan kaki ke alam U dan semoga menderita seperti gueeeee di sinnii..haha Sebelum masuk U bersedialah mental dan fizikal.Mental untuk semangat menghadapi cabaran di tempat baru dan fizikal untuk berjalan berbatu jauhnya utk ke kelas dalam masa 1 hari..hahaha selamat maju jaya! :)

gambar ni tak da kaitan pun.gua saja letak sebab gua suka kaler-kaler..muehehe
yang benar
cikcikedis