About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Monday, 24 December 2012

USM STYLE!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah aku dah habis minggu p&p.Sekarang tengah study week! Nikmat cuti tu subhanaAllah.Baru nak merasa rehat.Haha Macam besa waktu yang ada di gunakan untuk tido belajar.Roommate aku sampai cakap "ima, belajar la sikit risau tengok ima asyik tido ja".muehehe
Kesian jugak kat dia duk kejut aku banyak kali.Mata aku ni yang degil nak jugak pejam! Roommate sorang lagi outing 4 hari berturut-turut.Jelesnya hakuu.Aku ni nak p mana-mana kena tebai muka p pinjam moto kawan.Ada yang jenis tak kisah tu tak pa la.Ni ada yang style buat muka minta penampaq.Tau la aku pinjam moto dia pun tak payah la buat muka.cehhh

Gua dah setting tempat gua as study week mood! tp tak dapat2 jugak mood tu.alahaaaaiii sekarang ni pun gua tengh mencari lagi :P


yang benar
cikcikedis

Saturday, 22 December 2012

Tepuk Dada Tanya Iman

Assalamualaikum.
Aku masih dalam keadaan terkejut ni! tadi aku saja tengok fb kawan-kawan sekolah dulu.Dalam banyak-banyak tu ada sorang dua yang meruntun qalbu aku.Aku bukan nak dedahkan aib depa cuma aku rasa terkejut sebab sorang kawan perempuan aku dah pakai tatu kat tangan.Tatu naga.Dulu dia ok baik tak pernah buat masalah.Sorang lagi kerja kat kelab.Ya Allah, maafkan aku kerana tidak mampu menjadi kawan yang baik untuk membimbing mereka.Menitik air mata aku bila tengok semua berubah.Aku percaya manusia boleh berubah jika diberi peluang dan ruang.

ungkapan aku untuk kamu ya sahabat:
"Jadilah kamu seorang yang matang.Yang mampu disegani dan hormati.
Tamatlah pada sikap yang ingin bergembira kerana ia bakal mengundang kesedihan kelak.
Ya ALLAH ingatkanlah kami agar tidak terus lalai"
 
  
semoga kita di beri hidayah dan peluang untuk membetulkan segala kesalahan



p/s:mungkin aku patut cuba jadi kawan yang lebih baik

yang benar
cikcikedis

 

Thursday, 20 December 2012

Test Punya Cerita!

Assalamualaikum! :D

hari ni boleh di kategori hari yang tak dak luck! haha oke..hari ni aku ada test material engineering.Semua ada 10 bab.Disebabkan emosi aku tak stabil malam tu aku cuma baca 2bab ja.Secara logiknya, nak p jawab menatang apa kannn?aku co0l lagi.Pagi tadi pulak aku tlewat bangun.haissshhh tempat yang aku nak p jawab test tu dalam 3km dari desa aku dan yang lagi best aku seorang PENJALAN KAKI yang terhormat! masa duk jalan macam ribut jumpa la sorang budak kuliah aku ni.Kami pun jalan dengan suka hati + gosip macam-macam.Elok-elok sampai dekat dewan utama tiba-tiba dengar orang duk jerkah-jerkah lepas tu dia cakap "saya akan kunci pintu sekarang,sapa lewat jangan harap boleh masuk jawab test". Tak sampai 30seconds lepas dia cakap dengaq bunyi orang kunci pintu dari dalam.Aku dengan kawan kuliah tu lari p pintu paling hujung terus lompat masuk!hahahaha

lompat-lompat ja masuk lecturer dah tunggu depan  pintu sambil geleng kepala aku pun mahaaaaappppppp Dr..tak sengaja nak lewat! muehehehe di sebabkan aku lewat.Aku dapat tempat paling depan! peeewiiitt cabaran weh aku baru duk bajet nak tiru.Yang jaga test tu pun skema gila duk pusing depan belakang kiri kanan aku.Nak minta tolong orang sebelah pun tak boleh!dah la aku baca 2bab ja.Tu pun bukan ingat semua.aiseyyyy! macam teruk ja future gua. wish me luck ya kawan2 XD

Hampa nampak x tebai ya amat2.Mana gua mampu ingat semua '==



yang benar
cikcikedis


Tuesday, 18 December 2012

Proven!

Assalamualaikum
hari ni biar gambar berbicara! :D

Rafie,Faiz Sabrin!

Helmi





p/s:kelas yang bosan atau kami yang malas?masih mencari jawapan!hahahah
yang benar
cikcikedis

Monday, 17 December 2012

Minggu Yang Serabut!

Assalamualaikum semua

ok ni tak lawak..hari ni aku rajin nak update blog!haha minggu ni aku ada 2test sebelum meloloskan diri ke minggu study week.Bagi aku test,exam,quiz semua susah.Semua kena persiapan yang cukup.Memandangkan aku ni ehemmmmm pelajar malas harapan bertambah-tambah la susah tu.Tengok nota rasa macam tak pernah belajar padahal lecturer dok pong-pang kat lecture hall tu berjam2. 

Baru ni kena panggil dengar ceramah JPA. Pegawai yang bagi ceramah tu habaq "all of you must get 3.0 and above or your scholarship will be terminate! choose the way that you want" 
Seriat darah aku dengaq dia kata macam tu. Dengan main banyak kat sini boleh ka aku dapat 3.0 ke atas? *wish me luck* 

Setiap kali lepas test/quiz mesti aku macam ni! insaf kejap ja! muehehe

 keadaan aku sekarang! :'( tolang doakan aku ye!



 p/s:arghhhhhhh aku sebenarnya tengah serabut! merepek2 ja aku taip ni..muehehe
yang benar
cikcikedis

Saturday, 15 December 2012

USM Style!

Assalamualaikum
Salam hujung minggu dari aku yang kat perantauan ni :D
serius cakap kat sini tak berapa nak seronok sangat.Bukan apa, spesis miskinn kaya raya macam aku ni mana ada kenderaan.Usm sini bus pun tak lalu. Nak p mana-mana kena naik teksi.Rabak la duit kalau hari-hari naik teksi. Jalan nak p fakulti pun jauh kadang-kadang terponteng sebab duk pikir sangat kena jalan jauh + tak berbaloi.. muehehe

Setakat ni tak dak lagi aku buat benda pelik-pelik. Kawan-Kawan pun jenis gila-gila jugak kat sini. Kira support each other la.

oke ni tempat tidur lecture hall hakuu..


punca aku tido: white kecik + tulisan lecturer halus..sakit mata aku duk perati tulisan kat depan



kalau kelas polymer.Mesti kena teropong dulu kat celah pintu nak usyarr Dr.Chow dah masuk belum.Selalunya mesti dia awai dr aku..haha

waktu break selalu p kedai buku.Curi-curi baca buku kat sana.Halaaa mana mampu nak beli!haha kakak yang jaga tu pun sampai pesan tengok-tengok sama takut bos dia nampak.mahaaapp kakak!

meja gua memang cun! gua memang suka semak-semak!

nampak x?bercahaya ja tempat gua!haha

USM,WE LEAD!
pssssttttt:POLYMER ENGINEERING!


oke..nanti aku update lagi pasal USM style!
p/s:roommate nak guna cable pulakkkk!

yang benar
cikcikedis

Woww Cedera Sudah!

Assalamualaikum.. 

salam hujung minggu untuk semua :D aku sekarang dah makin tak dak masa nak menaip mungkin sibuk tidur belajar kot. halaaaaaa exam dah dekat aku ni pulak dah la 1 kebenda pun tak tau pensyarah ajar apa.Mesti pensyarah sedih ada pelajar bengap cemerlang macam aku..hahaha


Hari ni nak post pasal kawan aku yang accident.Kalau tak silap dia accident hari isnin lepas dan hari rabu berikutnya tu paper last untuk STPM. Nasib hang la kawan. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang jadi..ceeewahhhhh memandai ja aku ni.. muehehe 

Dari apa yang dia cerita.ada kereta tu tak bagi signal nak tukar lorong. Dia pun tak nampak lepas tu pommmmmmmmmmm..langgar la. Tangan je la yang patah pun. Tak teruk sangat. Ni teori aku ja, tak tau la betul ka tak teruk sebab aku tak p melawat pun busy dengan kelas,quiz bagai.

Di sini aku sertakan gambar beliau yang cedera!
get well soon Amir!

p/s: Aku pun pernah accident..terbabas sorang-sorang..haha semoga cepat sembuh kawan!

yang benar
cikcikedis

Friday, 14 December 2012

Menilai dengan hati

 

 
 

Allah pasti menilai penat, tangis, jatuh bangun kita.

p/s:crying loud so sadness might run away :')

yang benar
cikcikedis