About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Sunday, 7 October 2012

UNTUK SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum..hari ni punya entry gua tuju khas untuk kawan gua **** ******! ni semua apa yg gua rasa sepanjang gua kawan dengan lu!gua nak sangat lu pikir bg matang sikit jangan jadi budak2 sangat..lu dh besar la derrr..gua harap sangat lu baca entry gua *macam lawak ja guna gua lu bagai..muahaha*

Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.

Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.



Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.

Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan….

Kalau satu hari awak menangis…beritahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak Kalau satu hari awak ada masalah, awak bagi tahu saya,, saya tak janji nak bagi penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dengan saya Kalau satu hari awak nak pergi berjalan, Bagi tahu saya, saya bukan nak halang awak tapi….. saya boleh teman awak dan menjaga awak

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu saya pula perlukan “hadiah” PERSAHABATAN dari awak…

Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak….awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak




yang benar
cikcikedis

No comments:

Post a Comment