About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Monday, 29 October 2012

Sunday, 28 October 2012

Kem Khemah Kecemerlangan (PPKejuruteraan Bahan & Sumber Mineral)

Assalamualaikum! peeeewiiitttt wish all of u have a wonderful hari raya! :D
entry kali ni nak cerita pengalaman masuk hutan lipur (kem 3 hari 2 malam).Wahhhh campus life aku kira asyik-asyik hutan ja.Hari 2 mula2 daftar dah kena masuk hutan..sekarang kena lagi..walawehhhhhh!kem ni fakulti (kt USM panggil School) yang anjurkan objective kem ni nak rapatkan hubungan silaturrahim di antara student 1st year yang ada bawah School ni.School of Material & Mineral Resources ni ada 3 kos eg:polymers eng,material eng & MR eng. Kem ni boleh consider oke + awesome sebab lecture yang aturkan aktiviti so senior tak dak banyak peluang sangat la nak buli kami..hahaha

1st day(jumaat petang): bertolak pergi ke kem Hutan Lipur Bukit Panchor..around 10mins-15mins from USM.Bus tinggal kami tepi jalan then kena galas beg yg berat sangat 2 dan jalan dalam 2km! '== sigh! dah sampai kat hujung2 jalan 2 ada senior yang mai bawak kereta dan tolong bawakkan beg..hahaha best gila ringan bahu.Dah sampai 2 kami kena tengok ahli khemah dan mula pacak khemah..1 khemah = 3orang so selesa sikit la.Disebabkan kami semua dah di latih masa PIMPIN SISWA hari 2 jadi pasang khemah 2 tak jadi masalah dah la sebab semua dah tau *ehemmmmmmm3..belagak sikit* dah habes pasang khemah kami solat makan bergambar + tunggu student lelaki balik solat jumaat!agak rilex jugak la kem ni.Aktiviti dia biasa-biasa ja.Cuma tempat dia la kala jengking,lipan segala mak nenek ada.petang tu pulak sesi lantik ketua kump dan aktiviti bersama dekan! dekan pun jenis yang otak senget jugak.Denda gila2 punya..haha
malam 2 kami kena buat logo kump,sorakan,bendera dll. ahhh..petang 2 Timb Dekan bagi barang amanah.Aku memang cukup tak suka bila kena jaga barang amanah dah la barang amanah yang depa bagi 2 pun telur grade E sorang sebijik.Aku pegang ada kot dalam 5 min pastu dia jatuh retak.aku takut kena denda aku buh plaster kat telur 2.HAHAHA terasa sangat bodoh masa 2!
sapa2 yang kantoi telur retak/pecah kena belakon untuk dapatkan barang amanah balik.




packing bag :D

Khemah-mates!HAHA *baju biru 2 roommate..so untung jugak la dapt 1 khemah*


Dalam perjalanan ke Hutan Lipur Bukit Panchor!
with bff ~laila~


2nd day (sabtu) :pagi2 ada senaman aerobik then sesi check barang amanah.Ada fasi 4th year 2 datang check barang aku.Sekelip mata ja dia ramas telur 2 then terus pecah! waaaaaaaa sedihnya rugi ja plaster aku yang hot 2.pagi 2 ada aktiviti "pulau harapan".Kena reka 1 pulau untuk masukkan 30k family.. *apa kebenda nth pnya aktiviti..aku tido je..hahaha* ptg 2 ada explorace!sedang asyik ber explorace dalam hutan turun lebat & tak berhenti.Air sungai belakang khemah semua naik. Ada khemah yg dah masuk air.Memang sangat tersentuh bila tengok Dr,Prof,Ir semua pensyarah2 semua basah dalam hujan untuk selamatkan barang2 dalam khemah * 5 star for all the lecturers*..tak cukup dengan 2 bekalan elektrik pulak terputus..walaweeehhh masa ni semua orang bersorak nak balik ja.Timb Dekan buat keputusan kami semua kena balik sebab hutan 2 bahaya kalau tak dak electric! yahoooooooooooooooooooooooooooooooooooooo..aku la paling cepat p beratuq nak balik 2..hahaha
Agak lama jugak la tunggu bus mai ambek.Kami sampai desasiswa around 9pm.Dr petang pakai baju basah.Memang mengundang demam la.
tengah tunggu keputusan Timb.Dekan nak balik USM ke x..psssttt sempat lagi posing..haha


3rd day (ahad): aktiviti kem sambung kat School.pagi2 cuci khemah n jemur bagi kering! pastu ada la ucapan penutup,bagi hamper semua.tersangat best! tapi sayang la banyak aktiviti yang tak boleh buat sebab kami balik awal dari yg sepatutnya.Tapi tak pa aku SUKA!hahaha

basuh khemah yang habes kena lumpur!




p/s:pengalaman p kem separuh jalan! kem yang AWESOME!

yang benar
cikcikedis

Friday, 19 October 2012

Redha itu Indah

Iktibar Nasihat dari LOBAK (carrot), TELUR & BIJI KOPI…


air sedang melidih di periuk…
jangan jadi seperti lobak, bila kena “boil” terus die layu
jangan jadi seperti telur, bila kena “boil:”terus die jadi keras
jadi lah seperti biji kopi, bila ken “boil” terus die sebati 

air sedang melidih itu bagai nasihat kita terima.. Bila ditegur, hati manusia selalu nya terasa pedih, seperti di”boil” (panas).. janganlah jadi seperti lobak atau telur , tapi jadilah seperti biji kopi yang mudah menerima nasihat..

 

Iktibar Redha dari sebiji tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?”

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

yang benar
cikcikedis

Sakit itu "Pencuci" Dosa-Dosa Kecil

Assalamualaikum semua :) salam jumaat ya!
hari ni aku nak update pasal sakit itu pencuci dosa-dosa kecil.Sebenarnya dalam duk google pasal sakit jumpa la 1 blog ni.Aku tertarik dengan cara dia sampaikan dakwah.Hanya menggunakan dialog untuk memudahkan orang yang baca.hebat! 

“Kenapalah Allah uji aku sebegini?” ujar Ahmad
“Sebab ko banyak dosa la” Abu menjawab
“Buktinya?” Ahmad perlekeh Abu.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah As-Syura: ayat 30)

“Aku rasa aku buat baik je” sambungnya
“Itu lagi berdosa, perasan diri baik, hehe” jawab Abu
“Ermm..” tak terjawab si Ahmad

Itulah antara realiti kehidupan manusia di dunia. Penuh ujian. Penuh dengan musibah dan bala bencana. Semuanya diberikan bersama hikmah-hikmahnya. Antaranya :

1. Pencuci dosa. (Kaffarah)
“Aku ni asyik sakit jer, kenapa Allah tak sembuhkan lagi” Ahmad masih protes.
“Bagus lah kau sakit, sebab dosa-dosa yang kita lakukan tu sedang ‘dicuci’ oleh Allah” senyum Abu pada si Ahmad.

2. Ujian/Musibah/Bala bencana sudah sinonim bagi orang-orang beriman. Itu sebagai proses peningkatan iman. Kena ambil peperiksaan diri dulu untuk membuktikan kita lulus ujian iman atau gagal.
“Wah, ‘fail’ lagi, kena mengulang lagi nih” Ahmad tidak henti-henti protes.
“Ujian yang ALlah beri pun kena ‘repeat’ juga supaya dapat memperbaharui iman kita. Malah, siapa lulus makin tinggi kedudukan disisi ALlah” Abu tak henti-henti menjadi pembimbing Ahmad.

3. Ujian tanda Allah sayang kepada kita.
“Abu, kaulah pembimbing aku. Aku nak tanya apa lagi hikmah nya aku ni diberikan sakit yang memanjang?” Ahmad mengalah

“Allah sayang pada kau Ahmad” Abu setia.

“Tak faham lah” Ahmad menguji Abu

“Kalau kita sayang pada anak kita, kita selalu perhatikan dia. Tetapi kalau ko memang bencikan anak tu, tak tengok dah, malah benci nak tengok dia. Allah lebih daripada itu lagi. Dia uji hambanya yang dikasihi untuk berikan perhatian dan meningkatkan darjat. Manakala, orang-orang kafir dibiarkan dulu hidup berseronok dengan kemewahan dan nikmat dunia tetapi akan di azab di akhirat kelak dengan azab yang pedih” senyuman Abu penuh makna.
“Beruntung aku diuji kan sebenarnya. Dan beruntung aku ada sahabat sepertimu Abu” Ahmad akhirnya akur terhadap penjelasan Abu.

p/s:subahanallah..beruntunglah mereka yang sedang diuji kerana mereka sedang di perhatikan olehNya.Ya Allah redhakanlah hati ku dengan dungaan yang Engkau berikan..aminn

yang benar
cikcikedis
 

Tuesday, 9 October 2012

Minat Baru!

Assalamualaikum semua! :D

entry sebelum ni sedih kan? sedih la sangat!! hari ni aku nak kongsi minat baru aku. Aku sekarang ada masa terluang ja suka lukis doodle. Aku guna software paint tool sai. Aku dah try guna paint tapi susah sikit sebab dia tak boleh buat layer. Bila tak boleh nak buat layer nanti nak letak warna susah sikit.Bila aku lukis aku rasa semua tekanan aku hilang sat.sat ja la kan..haha lagi satu aku boleh lukis gambar kartun ja.Kalau lukis gambo orang tak kan jadi. mesti jadi gambo kartun jugak ^_^





mula-mula lukis!muahaha memang hodoh

belajar dari utube buat doodle pakai tudung!



ada kemajuan sikit! ^_^

dah boleh lukis sampai kaki! ohyeaahhh!

princessss!kononnya la kan! :P

tak pandai sangat lukis doodle laki! :D

Boleh la kan??

special untuk mybff :iylia:

special untuk mybff :pjah:

special untuk mybff :nina montena:

special untuk mybff :hasanah:

untuk mybff :hazirah:

yang ni untuk dia hey! untuk hey!
special untuk roommate2 matrik! depa tetap kat hati aku
ni fist time lukis gambar orang! :')
Serius!terlalu rindu kat depa
  

p/s:bak kata yuna setiap gambar ada maknanya! :D

yang benar
cikcikedis

Sunday, 7 October 2012

UNTUK SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum..hari ni punya entry gua tuju khas untuk kawan gua **** ******! ni semua apa yg gua rasa sepanjang gua kawan dengan lu!gua nak sangat lu pikir bg matang sikit jangan jadi budak2 sangat..lu dh besar la derrr..gua harap sangat lu baca entry gua *macam lawak ja guna gua lu bagai..muahaha*

Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.

Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.



Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.

Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan….

Kalau satu hari awak menangis…beritahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak Kalau satu hari awak ada masalah, awak bagi tahu saya,, saya tak janji nak bagi penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dengan saya Kalau satu hari awak nak pergi berjalan, Bagi tahu saya, saya bukan nak halang awak tapi….. saya boleh teman awak dan menjaga awak

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu saya pula perlukan “hadiah” PERSAHABATAN dari awak…

Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak….awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak




yang benar
cikcikedis