About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Sunday, 29 July 2012

Kenangan itu disimpan sampai mati!


Assalamualaikum..hebat tak title entry aku hari ni?hahaha Nampak macam besar sangat kan kenangan tu. Tadi masa kat tempat kerja,aku kelebek la gambar2 masa kat matrik.usyaaa gambar2 roomate dulu.Tengok punya hebat sampai kerja boleh bawak laptop lagi kot atas. Lihatlah dunia betapa bosannya aku kat kedai tu. Aku rasa roommate aku sangat BEST,SEMPOI & TERBAIKKKKKKKKKKKKK!!banyak kerja gila yang kami buat sama2.

Yang paling gila kami buat bakar mercun naga then baling kat rumah felo (felo=penyelia blok). Lawak gila masa 2. Lepas bakar mercun tu semua budak2 blok tanya “wehhh..hampa dengaq dak bunyi org main mercun tadi. Teruk sungguh noo dah la malam final boleh duk main2 lagi”.Kami sengih ja buat muka tak bersalah cakap tak tau.haha kenangan yang hebat kot.Ada video tapi tak boleh upload sebab semua serabai toge. :D

Malam last kat matrik pulak,kami buat pizza maggi guna sandwich maker aku.muahahaha gila kot esok tu exam KIMIA!dah la jenis time study week duk mereloh, celik mata ja main game.Study malam nak exam.Buat macam bijak sangat la boleh scan buku ja tapi hakikatnya hancusss semua. Sebab malam tu kami buat party kecil-kecilan sampai pukul2 pagi,semua result kimia kami jatuh. Hambekkkk! Pukul4 pagi bangun baru tehengeh kalut duk hapai.Dah la kimia organic tu banyak hafazan.Aku duk nampak dah nak jawab exam esok tu macam mana.Memang teriak la tengok soalan tu.Jawab 2 soalan tinggal 2 3 muka surat. Roommate aku siap cakap “sia2 aku bangun pagi2 buta,kalau tau soalan macam gini baik tak pyh bangun”.aku duk doa jangan fail ja.Nasib baik kami pass walaupun grade rendah.hahaha
ni la pizza maggi tu..rancak kan??



Meh aku tunjuk roommate2 aku..

1)Atiekah Azahari
Dia ni student 2tahun matrik.Kira senior aku la so kami semua paggil dia kak ti. Kak ti ni hebat tau,dia budak bio kalau hat jenis hapai2 bagi ja kat dia. Baru tengok dah boleh ingat semua. Dia ni sangat2 aktif dalam bola tampar. Dia kata kalau tak main bola tampar sehari rasa macam nak mati. Dia jadi ketua atlet masa KAKOM(Karnival Koko Matrikulasi) dulu. Dia dah p merata dah dengan bola tampar dia tu. Terbalik dengan aku yang allergic sport ni.hahaha Dia sangat sporting jenis 1 kepala dengan aku. Dia ni orang Kelantan suka cakap glepa dode-dode(suka sangat2) kat aku. Dia orang berada tapi sangat low profile,family dia pun duduk kg ja. Setiap hari mesti ada ja dia belanja kami burger,logurt,nasi goring.kira minta ja mesti dapat.Kami pun tak da la kejam sangat hari2 suruh dia belanja.agak2 la bukit pun kalau hari2 tarah runtuh jugak..hohoho Btw dia sangat best!caring! macam kakak ja.semua masalah selalu kongsi dengan dia.Kak ti ni kuat gila ponteng kelas.kalau aku pukul11 dah balik dia dari pukul9 dah lepak dalam bilik.P sejam ja kelas.aku oke lg la p 3jam.hoho yg paling tak boleh lupa kelas aku batal untuk 2jam.dia dah siap pakai tudung semua dah boleh buka balik sebab nak lepak dengan aku.memang lepak 1hari terus la lepas tu.hahaha :D



ni la kak ti! :)

2)Khairun Nisa Mohd Rose
Ni kami panggil beben nisa.hahaha mana dapat nama ni? Rahsia kami berempat!nisa ni pula ada 1 habit yang buat kami tak boleh lupa.Ada masalah tak pernah nak kongsi.Yang dia tau ada masalah ja teriak dalam toilet.hahaha lawak kot ingat2 balik.dia ni kalau p mandi ka gosok gigi ka mesti lama gila. Hari2 teriak kot tu yg lama dalam toilet 2 ^_^. Nisa ni baik sangat2.bab solat mengaji dia sangat2 ambil berat.dengaq azan ja terus bangun.dia ni macam jam loceng aku dgn kak ti lagi tak bangun lagi 2 dia duk bising tepi telinga ni.Nisa ni pun gila2 jugak,sporting senang orang nak rapat dgn dia.tapi aku tak banyak sangat buat benda gila dengan dia.sebab dia ni takut sikit.lagi ada kelas semua p..haha



Beben Nisa cute!

3)Ley Li Hui
Haaa..roommate aku ada sorang cina.tak semua cina skema okehh!ley ni pun otak gila2 jugak.benda yg paling lawak bila dia cakap melayu tak betoi.rasa nak gelak takmau bhenti kot. Ley ni orang johor.hari2 duk cakap teringat johor dia. Badan kecik tapi selera makan mengalahkan aku.sehari lebih 6kali dia makan dgn burger,nasi goring,char koew tiew,laksa,nasi campur biskut2 lagi.tudiaaaa la..aku ni nak makan pun pikiaq 3 4 kali takut duit tak cukup. Ley ni pun orang berada family dia ada bissnes sendiri.tapi dia macam kak ti sangat low profile + senang orang nak rapat! <3


Li Hui...Li Hui..Li Hui! :D


Dah dekat 3bulan aku tinggalkan dunia matrik,tapi aku tak pernah lupa kenangan zaman tu.aku pun harap aku tak lupa. Matrik tu singkat tapi ajar aku jadi manusia utk seumur hidup. *tiba2 rasa emo wehh*. Tak semua orang dapt rasa apa yang aku rasa dlm masa setahun tu. Hari2 aku harap aku dapt U sama depa ni lagi. Tapi hampehhh kak ti dapat T’ganu.Nisa USM-induk & Ley dapat UKM.aku pulak still jadi orang seberang dapat USM-n.tebal. harap2 kami semua Berjaya dalam hidup masing2.
last day kat KMPP!


p/s:rindu sangat dengan depa!kami dah macam adik beradik! :'(

yang benar,
cikcikedis