About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Tuesday, 24 January 2012

Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur



Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,

"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia rajin bersedekah
3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianat.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]





p/s:BERAMALLAH UNTUK HARI KITA DI KEMUDIAN HARI... WALLAU'ALAM



with love,
cikcikedis

No comments:

Post a Comment