About me

My photo
Parit Buntar!, Penang, Malaysia
Bathroom singer,engineer to be,Bachelor of Polymers Engineering(USM),Ex-KMPPian (batch 2011/2012),Ex-SMK SBP(2006-2010), Kalau rasa plastik abadi jangan muncul depan aku. email: zara_madinah@yahoo.com.my

Tuesday, 24 January 2012

Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur



Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,

"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia rajin bersedekah
3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianat.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]





p/s:BERAMALLAH UNTUK HARI KITA DI KEMUDIAN HARI... WALLAU'ALAM



with love,
cikcikedis

‎3 CAHAYA DI HARI KIAMAT

1) Cahaya seperti bintang-bintang: yakni, cahaya wajah manusia ketika di dunia, mereka segera meninggalkan pekerjaan, terus bersuci & mengambil wudhu’ apabila terdengar azan.

2) Cahaya seperti bulan purnama: yakni, cahaya bagi mereka yang mengambil wudhu’ sebelum azan.

3) Cahaya seperti cahaya matahari: yakni, cahaya bagi mereka yang ketika di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi…

Ingatlah.. tiada panggilan yang lebih penting melainkan seruan Illahi.. ayuh, muhasabah kembali berapa banyak masa dalam sehari (24 jam) yang kita gunakan untuk bersujud di hadapannya.. sedangkan ALLAH SWT sangat merindui rintihan hamba-hambanya..

gambar hiasan je..



yang benar,
cikcikedis

♥ 13 Bukti Allah SWT Mencintai Kita ♥

1-Allah menganugerahkan agama dan Hidayah,
ketahuilah Allah menyintai kita.

2-Allah memberi kita pelbagai musibah, ketahuilah Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita.

3- Allah hanya memberi sedikit sahaja nikmat di dunia, ketahuilah Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung pada kita di Akhirat kelak.

4-Allah memberi keredhaan kepada kita, ketahuilah Allah telah memberi kepada mu sebaik-baik nikmat.

5- Allah kurniakan kepada mu sifat sabar, ketahuilah kamu telah tergolong dalam golongan mereka yang berjaya.

6- Allah kuniakan kepada mu Ikhlas, Sesungguhnya Allah ingin melihat kamu ikhlas kepadaNya.

7- Allah memberi kepadamu Ilham, ketahuilah Allah kasihkan kamu dan menunggu dari lidahmu, ucapan syukur dan pujian mu kepada Nya.

8- Allah menganugerahkan sedih dan duka kepada mu, ketahuilah Allah cintakan kamu dan ingin menilai keimanan mu.

9-Allah kurniakan harta kepadamu, itulah tanda Allah menyintai mu dan janganlah kamu bakhil terhadap golongan fakir.

10-Allah beri kepada mu keadaan fakir, ketahuilah Allah cinta kepadamu dan telah memberi kepada mu sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta.

11-Allah menganugerahkan kepada mu lidah dan hati, ketahuilah Allah menyintaimu untuk mempergunakan keduanya ke arah kebaikkan dan keikhlasan

12- Allah memberi kepada mu Solat, Puasa, Al-Quran dan berjaga malam. Ketahuilah Allah menyayangi mu, Maka janganlah kamu tidak memperendahnya atau mempermainknnya.. Tetapi beramallah dengannya.

13- Allah menganugerahkan Islam kepada mu, ketahuilah Allah telah menyayangi mu.


p/s:sebenarnya tak terkira bukti Allah S.W.T mencintai kita..terlalu byk nikmatNYA utk kita nikmati..terpulang kpd seseorang utk menjdi hamba yg bersyukur ataupun kufur..moga kita semua di pelihara oleh Allah S.W.T




yang benar,
cikcikedis

‎7 KALIMAH UNTUK DIAMALKAN

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut. 


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

p/s:selamat beramal ye kawan2


Yang benar,
CIKCIKEDIS

Sunday, 22 January 2012

my first post..

assalamualaikum semuaaaaaaaaa..
akhirnya berjaya jugak buat blog tnpa bntuan spa2..haha *bangga sehhhh* btw tujuan sy buat blog ny sbb nk buat bnda ny as a diary of my life..wahhh ckp omputih lak denn..ermm sy buat blog ny dengan harpan nk popular mcm matluthfi *koya=perasan* hoho..xde la sebenarnya nk cr kwn2 bru & berkongsi ilmu sma2..so setakat ni sja muqadimah dr sy..haha 



Yang benar,
CIKCIKEDIS